Sejarah STBM

SURAU TAMAN  BUKIT MARGOSA


Assalammualaikum.... Sedikit sejarah mengenai nama surau dan nama taman kami.  Ia berasaskan nama pokok Margosa atau semambu yang memang sangat banyak khasiatnya. Surau kami ini pada mulanya menumpang sementara di salah satu rumah hinggalah akhirnya terbina surau ini. Pada permulaannya, kedudukan surau memang amat strategik iaitu di tepi jalan utama ke taman Bukit Margosa sehinggalah pembinaan Lebuhraya Lekas yang melintasi taman kami, telah menyebabkan taman seolah2 terbahagi dua dan kedudukan surau kami agak tersuruk dan jauh.

Namun, Alhamdulillah, walaupun agak jauh dan tersuruk...pelbagai aktiviti tetap di teruskan untuk menyemarakkan surau dan ukhuwah antara penduduk. Allah swt nak bagi pahala lebih..InsyaAllah..

Jika tanya pada penduduk2 baru, mungkin ada yang tak tahu di mana surau kami ni... Ok, Sekarang dah tau..jom sama2 kita imarahkan surau kita ini...


Surau Taman Bukit Margosa
Jalan Margosa 2/1, Taman Bukit Margosa, 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia


No comments:

Post a Comment