Alhamdulillah, seperti yang di rancangkan, Rewang, Majlis Qatam Quran sudah berjaya di laksanakan pada penutup 2015 iaitu pada 31 Dec 2015 di Surau Taman Bukit Margosa. Tahniah pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dan juga pada yang hadir menjayakan majlis kita ini. Semoga lepas ini penglibatan jemaah akan lebih ramai lagi dlm usaha mengimarahkan surau kita ini.
Alhamdulillah
Ceramah Maulidul Rasul oleh Ustaz Nursalam Al Hafiz dari Maahad Tahfiz Lampung , Sumatera berjalan dengan lancar dengan sambutan yang amat menggalakkan walaupun ramai yang sedang bercuti panjang ketika itu iaitu 25 Dec 2015. Di bawah adalah beberapa gambar persedian dan ketika majlis di adakan.Semoga majlis ilmu yang di adakan ini mampu memberi ilmu yang berguna utk kita berjaya dunia dan akhirat. Aaminnn....
Photo Gallery by QuickGallery.com
Cermah maulidul rasul Tarikh 25 Dec 2015 lepas maghrib Tempat: surau taman bukit margosa Penceramah: Ustz Dr Nursalam Abd Mutalib Al Hafiz Mudir Mahad Tahfiz Lampung, Sumatra
Alhamdulillah....Helwa Surau Taman Bukit Margosa baru baru ini telah bergotong royong membersihkan surau dan halaman surau untuk persediaan Majlis Qatam Quran Peringkat Surau yang akan berlangsung pada 31 Dec 2015 dan juga sebagai persediaan Sambutan Maulidul Rasul.
Terimakasih kepada ahli helwa yang sama2 bergotong royong....Insyaallah...dgn perlbagai perancangan dan sokongan penduduk.... surau kita lebih ceria... :)
Sebarang pertanyaan, susulan, bantuan demi kebaikan dan kemajuan surau taman dan jemaah taman amat di alu alukan. Sila berhubung dengan kami di no di atas atau email ke suraumargosa@gmail.com .
Mesyuarat pertama AJK baru telah di laksanakan pada Ahad 22 November 2015 di bilik serbaguna STBM. Pelbagai Biro telah di bentuk dalam usaha menyemarakkan STBM dan menjadikan STBM lebih tersusun dan cemerlang. Antara yang di bincangkan termasuklah aktiviti STBM, pembangunan STBM dan program mengumpul serta mencari dana STBM. Sumbangan serta khidmat nasihat serta kepakaran dan sokongan dari ahli kariah Taman Bukit Margosa untuk tujuan aktiviti dan pembangunan STBM amat di alu alukan. Sebarang derma atau wakaf yang ingin di salurkan boleh lah hubungi mana2 pihak AJK STBM . Mudah mudahan ia akan menjadi saham akhirat kita... Aminn...
Mesyuarat Agung ke 7 STBM telah berlangsung di perkarangan Taman Bukit Margosa pada Sabtu, 7 November 2015. Tahniah dan jutaan terimakasih kepada ahli kariah yang sudi hadir dan memberikan pelbagai pandangan untuk kemajuan STBM dan mengeratkan ikatan ukhuwah antara ahli kariah. Mesyuarat telah di rasmikan oleh Tuan Haji Wan Abdullah Hji Wan Su, Pengerusi Kariah Masjid Taman Panchor Jaya dan majlis di pengerusikan oleh Mantan Pengerusi STBM sebelum ini, Ustaz Japri Bahari. Setelah perlantikan AJK baru, mesyuarat di tangguhkan oleh Pengerusi baru, Ustaz Zamaksyari pada jam 1150 am. Semoga dengan perlantikan baru AJK STBM 2015-2017 ini, STBM akan lebih cemerlang dalam berdakwah dan menyatukan ahli kariah khas nya penduduk Taman Bukit Margosa. Aminn..
Assalammualaikum.... Sedikit sejarah mengenai nama surau dan nama taman kami. Ia berasaskan nama pokok Margosa atau semambu yang memang sangat banyak khasiatnya. Surau kami ini pada mulanya menumpang sementara di salah satu rumah hinggalah akhirnya terbina surau ini. Pada permulaannya, kedudukan surau memang amat strategik iaitu di tepi jalan utama ke taman Bukit Margosa sehinggalah pembinaan Lebuhraya Lekas yang melintasi taman kami, telah menyebabkan taman seolah2 terbahagi dua dan kedudukan surau kami agak tersuruk dan jauh.
Namun, Alhamdulillah, walaupun agak jauh dan tersuruk...pelbagai aktiviti tetap di teruskan untuk menyemarakkan surau dan ukhuwah antara penduduk. Allah swt nak bagi pahala lebih..InsyaAllah..
Jika tanya pada penduduk2 baru, mungkin ada yang tak tahu di mana surau kami ni... Ok, Sekarang dah tau..jom sama2 kita imarahkan surau kita ini...
Surau Taman Bukit Margosa
Jalan Margosa 2/1, Taman Bukit Margosa, 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Ya Illahi, Tidak syurgamu yang kuingini, Setelah kini ku sedari,
Segala yang kulakukan tiada yang sempurna, Kerana Engkau yang Maha Sempurna, Bagaimana mungkin aku mampu melakukan yang terbaik, Sedangkan yang kulihat dalam segenap wajah, Engkaulah yang Maha Wujud, Maha Ada, Bagaimana mungkin ku mengharapkan pahala, Sedang Engkau yang memiliki ku dan segenap gerakku, Segalanya atas izin-Mu, Maka siapakah aku untuk mengatakan aku layak ke syurga-Mu.
Ya Illahi, Engkau jauh lebih indah dari apa yang ku lukiskan dalam kehidupanku tentang keindahan-Mu, Bagaimana mungkin aku mampu menggapai-Mu Ya Allah, Bagaimana mungkin cinta-Mu bertakhta dihati ini,
Sedang cintaku kepada keindahan nafsuku, Tidak pernah sedikit pun mampu ku hindari, Maha Suci Engkau Ya Allah, Jauh Maha Tinggi dari segala kerendahan yang kami pamerkan kepada-Mu.
Maha Benar Engkau Ya Rabbi, Benar syurga itu indah, Tapi Maha Indah lagi Engkau Ya Rabbi, Maha Indah hinggakan aku tidak perlu menginginkan syurga-Mu di sana, Sedang di dunia ini sudah terhampar segala keindahan-Mu, Adakah perlu aku mendustakan-Mu, Mereka menyangka dengan melihat syurga-Mu di sana, mereka akan bahagia, Bagaimana mungkin Ya Rabbi, sedang hakikat syurga dan neraka itu ada di sini, Segalanya ada di sini, Cuma hati ini yg buta dari melihat hakiki.
Andai diri ini, Tidak mampu mendapat pandangan-Mu walau sesaat, Tidak layak untuk mendapat kasih sayang dan cinta-Mu, Maka aku mohon kepada-Mu, Andai tiada syurga buatku sekalipun, Izinkan aku menjadi butiran debu yg melekat di kaki kekasih-Mu Muhammad kelak, Menemani Rasullulah ke mana pun kakinya berjalan di syurga-Mu, Itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi, Sudah cukup membahagiakan ku.
Sungguh tidak pernah ku harapkan apa-apa selain dari-Mu, Selain dari pandangan-Mu, pandanglah aku walau sesaat, Kerna itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi