Yuran Surau



Assalamualaikum wbkt..


Perhatian untuk semua ahli kariah 


STBM kini di dalam process mengemaskini semula sistem kutipan yuran surau. Yuran surau sebanyak RM24 sahaja setahun ini  (atau RM2 sahaja sebulan utk setiap rumah orang islam) adalah sangat rendah berbanding dengan surau lain memandangkan ianya telah di persetujui semua sejak surau ini mula di bina dulu tanpa sebarang revision selepas itu. Di atas perkara tersebut, kami memohon semua yang berkenaan dapat kiranya menjelaskan yuran surau sebanyak RM 24.00 setahun ini .


STBM amat memerlukan sumbangan tersebut untuk membayar pelbagai bil dan penyelengaraan serta pembangunan kawasan surau untuk kegunaan kita bersama.


Pembayaran yuran surau boleh di buat terus ke Bank Islam 05012010049528 atas nama Surau Taman Bukit Margosa dan email maklumat anda seperti yang berikut ke suraumargosa@gmail.com


1. Nama
2. No Rumah dan No Jalan
3. No telefon
4. Jumlah Bayaran


Anda juga boleh berhubung dengan mana2 AJK seperti yang di tulis di blog ini. 


Sumbangan Persendirian dan yuran yuran yang diterima adalah sangat dihargai..


Hanya Allah swt jua yang membalasnya.  InsyaAllah. Aamiinn. 

Tabung Ibadah Qurban TBM 1437H






Ini adalah projek terbaru STBM. Projek Tabung Ibadah Qurban 1437H.  Tujuan projek ni di lancarkan tak lain tak bukan adalah untuk membantu hasrat penduduk TBM yang ingin membuat qurban dan menyimpan secara ansuran supaya tidak terbeban dengan bayaran sekali gus.

Alhamdulillah, selepas di war warkan tak sampai seminggu, penyertaan dari warga TBM amat menggalakkan dan penyertaan sudah pun di tutup.

Untuk yang berjaya memberi nama untuk sertai projek ini, sila berhubung terus dengan mana2 AJK di dalam poster untuk urusan bayaran ansuran selama 8 X.  Jangkaan harga satu bahagian ialah RM600.

Semoga cita-cita STBM untuk membantu penduduk islam TBM di permudahkankan. Aminn..

Sambutan Maulidur Rasul TBM

Alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya Sambutan Maulidur Rasul peringkat taman sudah berjaya di laksanakan.  Kehadiran amat menggalakkan. Semoga ilmu yang di timba mampu menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik dan mengikut sunnah. Aminnn..


Perkongsian menarik dari Ustaz Zulzaidi






Alhamdulillah. Penuh.












STBM di Sambutan Maulidur Rasul Kariah Masjid Panchur Jaya






Alhamdulillah, 


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kariah Masjid Panchur Jaya berjalan dengan lancar pada 2 Jan 2016 dan di sertai oleh Taman Bukit Margosa dan taman2 lain di sekitarnya. Kontigen Taman Bukit Margosa adalah antara yang terawal sampai di perkarangan masjid. 


Seawal 7 pagi, kami sudah mula berkumpul di hadapan masjid. Rasanya kami lah yang paling awal. Berbekalkan minum pagi ringkas yang di sediakan oleh STBM beserta dengan baju tema warna hijau, kontigen Taman Bukit Margosa di sertai lebih 70 orang muslimin dan muslimat. Memang meriah sangat dan happening sungguh kontigen kami. 


Perarakan Maulidur Rasul sambil bersalawat ke atas nabi bermula jam 8 pagi melalui Taman Panchur Jaya dan Taman Telawi. Alhamdulillah....selesai perarakan, para peserta di hidangkan dengan nasi tomato ayam masak merah. Sesudah jamuan, kami mengambil kesempatan melawat gerai jualan dan juga gerai pasar percuma di dlm kawasan masjid. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan dan Sambutan Maulidur Rasul ini juga di siarkan ketika Berita Perdana jam 8 malam di TV Al Hijrah pada hari yang sama. Alhamdulillah, kontigen Taman Bukit Margosa di istiharkan sebagai JOHAN perarakan Maulidur Rasul tahun ni. . 


Gambar sekitar Sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Panchur Jaya bersama jemaah Taman Bukit Margosa.



Photo Gallery by QuickGallery.com